
Monday, September 28, 2009
Renung Sejenak....
Assalamualaikum..
Ramadhan dh pun berlalu meninggalkan kita..eidilfitri pun dh jauh kehadapan...penulis dah pun mai bertugas seperti biasa..dah lala tk menukil cetusan idea dalam blog yang serba kekurangan ni..maklumlah dah balik kg tk igat benda lain dh..beraya sakan la jawabny.pagi ni penulis nak kongsi bersama sebagai muhasabah bersama..pemulis terfikir tadi satu persoalan..persoalan sekarang yang bermain dalam minda penulis adakah aku sebagai hamba ALLAH yang hina ini punya kesan atau tidak dalam latihan ramadhan yang dah berlalu pergi..Persoalan dalam benak fikiranku adakah meningkat iman aku @ atau masih gagal aku mendidik jiwa menjadi bekas pelatih ramadhan yang unggul...moga tahun ni adalah tahun yang berjaya dalam latihanku sebagai pelatih ramadhan 2009..kita doakan kita semua adalah pelatih yang betul-betul berkualiti..jadikan ramadhan yang berlalu sebagai bekal dalam meniti kehidupan yang serba serbi mencabar keimanan kita sebagai hamba ALLAH..I'ALLAH kalau dipanjangkan umur kita jumpa lagi di bulan ramadhan akan datang..diriku sentiasa menanti saat-saat yang bahagia bersama ramdhan yang penuh keberkatan ini..sama-sama kita berfikir atas iman dan amal kita kerana ALLAH.I'ALLAH...Wa akhiran,salam syawal buat semua& doakan kt menjadi muslim yang bertaqwa..
Tuesday, September 15, 2009
SELAMAT HARI RAYA
Ampun dan maaf andainya...
TERkasar bahasa
TERsilap bahasa
TERmarah yang tak kena
Tertanya yang tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana
TERpekik di telinga
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi
yang kena mengena...
TERkasar bahasa
TERsilap bahasa
TERmarah yang tak kena
Tertanya yang tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana
TERpekik di telinga
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi
yang kena mengena...
Disini penulis nak ambik kesempatan sempena hari kemenangan kita ni dengan ucapan ringkas kepada ...Istimewa buat We&Mama, maafkan ananda seandainya ada yang terguris di hati.T.kasih sudi mendidik ananda jadi orang bukan orang utan,he..Jasa kalian amat daku hargai sampai bila2 dan akan diperturunkan kepada anak2 ananda bila sampai masanya nanti.Buat kakak2 & abang2ku yang disayangi Fillah..terimakasih atas kesudian mencurah tunjuk ajar untuk adinda meneruskan hidup ini.Korang memang bez..Buat adik2 ku yang ku cintai.. Maafkan kanda seandainya kanda tersalah&tergagal menjadi role model untuk kalian..ambik yang jernih, buang yang keruh..kanda sayang korang..Mm buat tunang yang jelita lagi baik..terima kasih & maafkan keterlanjuran mana-mana yang mengguris hatimu..akan ku bina mahligai cinta ini dengan penuh tanggungjawab..jangan lupa kawin 2 stanby la ye..huhu..Akhir sekali Maaf Zahir & Batin buat kawan-kawan dan sanak saudara serta yang mengenali penulis..Moga keberkatan Ramadhan Menyinari kehidupan kita nanti..
ALLAHUAKBAR3x WALILLAAHILHAMD
Thursday, September 10, 2009
LAILATUL QADAR..OH MENGHARAPNYA AKU...

LAILATUL Qadar (LQ) adalah suatu malam pada bulan Ramadan, yang mempunyai kemuliaan dan keberkahan. LQ disebut juga "Malam Seribu Bulan", karena menurut sebagian ulama, ibadah seseorang pada malam itu bernilai lebih dari seribu bulan (sekira delapan puluh tahun).
LAILATUL Qadar merupakan teka-teki Tuhan, waktu turunnya hanya Allah saja yang tahu. Namun Rasulullah memberikan tanda-tanda, Lailatul Qadar turun pada bulan Ramadan, terutama pada sepuluh hari terakhir, khususnya malam-malam ganjil.Pada saat Lailatul Qadar, atas izin Allah SWT, para malaikat, dipimpin Malaikat Jibril, turun ke bumi, mengatur segala urusan. Kesejahteraan melimpahi semesta alam hingga fajar terbit di ufuk timur.
Sayid Qutub, penulis tafsir Fi Zilalil Quran melukiskan suasana Lailatul Qadar secara puitis. "Namanya Malam Al-Qadar, yang kadang-kadang bererti taqdir (ketentuan) atau tadbir (ketetapan), juga berarti nilai atau posisi. Kedua-duanya sesuai dengan peristiwa alam yang agung itu. Peristiwa Al-quran, wahyu, dan risalah, tempat tidak terdapat peristiwa-peristiwa di dunia ini, yang lebih besar, lebih benar, dan lebih berarti daripadanya. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Angka tidak bererti pembatasan, tetapi dimaksudkan adalah banyaknya nilai. Berapa ribuan bulan dan tahun telah berlalu tanpa meninggalkan pengaruh apa-apa, tanpa perubahan, seperti yang ditinggalkan oleh satu malam yang penuh berkah dan kebahagiaan Lailatul Qadar". (Fi Zilalil Quran, Juz 6, hlm. 3944-3946).
"Rasulullah saw. biasa beriktikaf pada malam-malam sepuluh terakhir bulan Ramadan (21-30). Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam terakhir Ramadan itu" (Hadis sahih Bukhari dan Muslim dari Siti Aisyah).
"Rasulullah saw. biasa beriktikaf pada malam-malam sepuluh terakhir bulan Ramadan (21-30). Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam terakhir Ramadan itu" (Hadis sahih Bukhari dan Muslim dari Siti Aisyah).
Setiap orang yang beribadah bertepatan dengan saat Lailatul Qadar disertai keimanan dan harapan mendapat rida Allah SWT, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu (Hadis sahih Bukhari dan Muslim).
Beberapa ulama telah mencoba merumuskan tanda-tanda Lailatul Qadar secara fisik, yaitu pada malam itu suasana tenang hening, pelataran langit hitam kelam dihiasi taburan bintang jernih terang. Tak ada kekacauan, tak ada keributan. Ketika matahari terbit, sinarnya lembut temaram. Marak siang tidak terlalu terik.
Salah satu doa yang dianjurkan Rasulullah saw. dibaca pada Lailatul Qadar berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi, dan Ibnu Majah, serta dikutip oleh Imam Nawawi dalam kitab Al-Azkar antara lain, "Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fa'fu 'anni". Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku.
Friday, September 4, 2009
Renung sejenak

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT- Tuhan semesta alam. Kita sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kehendak-Nya, Dia telah memilih kita untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan yang mulia, yakni masuk ke dalam universiti Ramadhan.
Kenapa dinamakan universiti Ramadhan? Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiah, bulan pendidikan, di mana jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan.Bukan senang nak masuk univerisiti, tapi kita pada hari ini Alhamdulillah syukur, dipilih oleh Tuhan untuk sama-sama masuk university Ramadhan.Pendaftarannya cukup mudah, tak payah bayar duit cuma niat saja sama ada niat setiap hari ataupun niat sebulan terus.
Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekelian, Bulan bertuah ini juga bolehlah disebut sebagai bulan ibadah. Boleh juga disebut sebagai bulan mujahadah. Disebut juga bulan rahmah dan bulan maghfirah. Dan macam-macam lagi sebutan yang baik-baik. Jangan kita sebut dengan yang tak baik sudahlah. “Wuih nak mai dah bulan bala, nak makan minum susah. Jadi namanya bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah, bulan maghfirah. Kenapa dinamakan bulan ibadah? Kerana pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi apabila sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul tak? Jadi pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Ataupun dari segi hakikatnya untuk menambah ‘pengabdian’ kepada Allah SWT.
Perkataan ibadah berkait rapat dengan perkatan abdi, berkait juga dengan perkataan abdullah. Beribadah ni maksudnya berabdi kepada Allah. Macam mana cara berabdi kepada Allah? Buat apa yang Dia suruh dan jangan buat apa yang Dia larang. Selain itu, kita tambah dengan buat apa yang Dia suka, iaitu amalan-amalan sunat.Begitulah cara-cara berabdi kepada Allah.
Kenapa dinamakan bulan mujahadah? Sebab pada bulan ini kita berperang melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-sungguh, baru dia dikira sebagai mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah. Perkataan mujahadah ini adik-beradik dengan jihad, iaitu satu usaha yang bersungguh-sungguh. Secara khususnya dinisbahkan kepada berperang melawan musuh-musuh Islam tetapi secara umumnya dinisbahkan kepada satu usaha yang bersungguh-sungguh. Mujahadah juga berkait-rapat dengan mujahidin.
Kenapa dinamakan bulan rahmah? Sebab pada bulan ini rahmat Allah melimpah-ruah. Kenapa dinamakan bulan maghfirah? Perkataan maghfirah ini berkaita-rapat dengan perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas solat “Astaghfirullahal ‘azim” tu istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun. Maghfirah maksudnya ‘keampunan’. Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan keampunan. Pintu taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya. Terpulanglah kepada kita sama ada hendak menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada sepanjang bulan ini ataupun tidak. Siapa tak mahu rugilah, pada bulan-bulan lain tak ada macam ni.
Dipetik dari : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4143.0
Wednesday, September 2, 2009
Tuesday, September 1, 2009
aktiviti Orangkuat.

"Sollu kama roaitumuni usolli". Papepn..tahun ini menjanjikan sedikit perbezaan.moga-moga tahun ni jugalah menjanjikan usaha yang gigih untuk penulis menjalani bulan ramadhan dari tahun-tahun yang lalu.amiinn
Subscribe to:
Posts (Atom)