Saturday, October 10, 2009

Gelagat Binatang-Binatang 2009

Beruang : "sekali je aku mengaum, seluruh hutan menggigil."




Singa : "ek eleh, sekali je aku mengaum semua belantara ketakutan."




Babi kata: "Wa La Weh.... sekali je aku batuk, satu dunia panik!"

bertugas di ops wawasan..

assalamualikum..salam pembuka bicara...alhamdulillah malam ni dapat gak penulis tengok2 laman orang kuat ni..ari ni penulis balik kelantan..raya baru ni penulis balik paya rambai meriah dengan adik beradik n anak buah kat umah..ari ni suasana dah pn berbeza..huhu..sepi rasany rumah paya rambai.bulan ni kak nis dah pn dk umah baru..asma dah p riau..aiman n afifah dh g blaja sabah n sarawak dh.abe qam pn dh kesabah mendidik anak bangsa..abe a pn dh p menjalankan tugas gk di melaka.kesian tgk we dk sorang..biasanya ada la gk cucu we(aisyati) pengubat rindu..tp dh pindah kt kadok..begitulah lumrah kehidupan..terfikir lak penulis alangkah bahagianya kita bila hdp penuh dengan amalan kepada ALLAH..akhirat nanti inilah meneman kita menuju jannah..amat malang bila amal dalam penghidupan tak diisi ketika sihat..lusa penulis ada tugas di sempadan rantau panjang..majlis serah terima tugas..arap2 berjalan dengan lancar..kepada anggota batalion 7 PGA selamat beristirehat bersama-sama keluarga nanti.moga-moga putaran hidup kita penuh dengan maghfirah ALLAH...siruu 'ala barokatillah...

Monday, October 5, 2009

Dua hari lepas saya berkelapangan ke KUALA LUMPUR(Subang Airport)menghantar adik saya melanjutkan pelajaran ke Riau(Indonesia). Lama gak tak kesana..bayak gak la makan buah langsat..hahha.cepat betul berubah Ibu negara kita ni.Syukur pada yang Maha Kuasa memberi nikmat yang melimpah ruah untuk rakyat Malaysia menikmatinya..sampai je kat airport subang we(ayah) tepon ajak makan kat kedai berdekatan dengan area tersebut..gembira melihat we senyum manis tengok seorang abang datang dari jauh bagi semangat kat adik nak melanjutkan pelajaran di negara orang..tiada apa yang dapat saya bagi melainkan nasihat dan kata-kata semangat serta doa moga-moga adik saya selamat dan berjaya dengan jayanya sebagai perantau ilmu.Risau jugak adik nak kesana,maklumlah akhir-akhir ni banyak musibah yang melanda di sana.Harap-harap dilindungi ALLAH.Buat adik-adik yang masih belajar..saya doakan anda berjaya menceburi ilmu yang anda pilih.Kuatkan iman dan ingat ALLAH selalu.Biar kita yang merubah keadaan,jangan keadaan merubah kita.Ayuh kita bersama menjulang Ad-Din yang agung ini untuk diterjemahkan isinya melalui Ilmu dan akhlak..Selamat berjaya di perantauan. Amin...

Monday, September 28, 2009

Renung Sejenak....

Assalamualaikum..
Ramadhan dh pun berlalu meninggalkan kita..eidilfitri pun dh jauh kehadapan...penulis dah pun mai bertugas seperti biasa..dah lala tk menukil cetusan idea dalam blog yang serba kekurangan ni..maklumlah dah balik kg tk igat benda lain dh..beraya sakan la jawabny.pagi ni penulis nak kongsi bersama sebagai muhasabah bersama..pemulis terfikir tadi satu persoalan..persoalan sekarang yang bermain dalam minda penulis adakah aku sebagai hamba ALLAH yang hina ini punya kesan atau tidak dalam latihan ramadhan yang dah berlalu pergi..Persoalan dalam benak fikiranku adakah meningkat iman aku @ atau masih gagal aku mendidik jiwa menjadi bekas pelatih ramadhan yang unggul...moga tahun ni adalah tahun yang berjaya dalam latihanku sebagai pelatih ramadhan 2009..kita doakan kita semua adalah pelatih yang betul-betul berkualiti..jadikan ramadhan yang berlalu sebagai bekal dalam meniti kehidupan yang serba serbi mencabar keimanan kita sebagai hamba ALLAH..I'ALLAH kalau dipanjangkan umur kita jumpa lagi di bulan ramadhan akan datang..diriku sentiasa menanti saat-saat yang bahagia bersama ramdhan yang penuh keberkatan ini..sama-sama kita berfikir atas iman dan amal kita kerana ALLAH.I'ALLAH...Wa akhiran,salam syawal buat semua& doakan kt menjadi muslim yang bertaqwa..

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Ampun dan maaf andainya...
TERkasar bahasa
TERsilap bahasa
TERmarah yang tak kena
Tertanya yang tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja

TERpukul kat mana
TERpekik di telinga
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi
yang kena mengena...


Disini penulis nak ambik kesempatan sempena hari kemenangan kita ni dengan ucapan ringkas kepada ...Istimewa buat We&Mama, maafkan ananda seandainya ada yang terguris di hati.T.kasih sudi mendidik ananda jadi orang bukan orang utan,he..Jasa kalian amat daku hargai sampai bila2 dan akan diperturunkan kepada anak2 ananda bila sampai masanya nanti.Buat kakak2 & abang2ku yang disayangi Fillah..terimakasih atas kesudian mencurah tunjuk ajar untuk adinda meneruskan hidup ini.Korang memang bez..Buat adik2 ku yang ku cintai.. Maafkan kanda seandainya kanda tersalah&tergagal menjadi role model untuk kalian..ambik yang jernih, buang yang keruh..kanda sayang korang..Mm buat tunang yang jelita lagi baik..terima kasih & maafkan keterlanjuran mana-mana yang mengguris hatimu..akan ku bina mahligai cinta ini dengan penuh tanggungjawab..jangan lupa kawin 2 stanby la ye..huhu..Akhir sekali Maaf Zahir & Batin buat kawan-kawan dan sanak saudara serta yang mengenali penulis..Moga keberkatan Ramadhan Menyinari kehidupan kita nanti..



ALLAHUAKBAR3x WALILLAAHILHAMD

Thursday, September 10, 2009

LAILATUL QADAR..OH MENGHARAPNYA AKU...


LAILATUL Qadar (LQ) adalah suatu malam pada bulan Ramadan, yang mempunyai kemuliaan dan keberkahan. LQ disebut juga "Malam Seribu Bulan", karena menurut sebagian ulama, ibadah seseorang pada malam itu bernilai lebih dari seribu bulan (sekira delapan puluh tahun).
LAILATUL Qadar merupakan teka-teki Tuhan, waktu turunnya hanya Allah saja yang tahu. Namun Rasulullah memberikan tanda-tanda, Lailatul Qadar turun pada bulan Ramadan, terutama pada sepuluh hari terakhir, khususnya malam-malam ganjil.Pada saat Lailatul Qadar, atas izin Allah SWT, para malaikat, dipimpin Malaikat Jibril, turun ke bumi, mengatur segala urusan. Kesejahteraan melimpahi semesta alam hingga fajar terbit di ufuk timur.
Sayid Qutub, penulis tafsir Fi Zilalil Quran melukiskan suasana Lailatul Qadar secara puitis. "Namanya Malam Al-Qadar, yang kadang-kadang bererti taqdir (ketentuan) atau tadbir (ketetapan), juga berarti nilai atau posisi. Kedua-duanya sesuai dengan peristiwa alam yang agung itu. Peristiwa Al-quran, wahyu, dan risalah, tempat tidak terdapat peristiwa-peristiwa di dunia ini, yang lebih besar, lebih benar, dan lebih berarti daripadanya. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Angka tidak bererti pembatasan, tetapi dimaksudkan adalah banyaknya nilai. Berapa ribuan bulan dan tahun telah berlalu tanpa meninggalkan pengaruh apa-apa, tanpa perubahan, seperti yang ditinggalkan oleh satu malam yang penuh berkah dan kebahagiaan Lailatul Qadar". (Fi Zilalil Quran, Juz 6, hlm. 3944-3946).

"Rasulullah saw. biasa beriktikaf pada malam-malam sepuluh terakhir bulan Ramadan (21-30). Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam terakhir Ramadan itu" (Hadis sahih Bukhari dan Muslim dari Siti Aisyah).
Setiap orang yang beribadah bertepatan dengan saat Lailatul Qadar disertai keimanan dan harapan mendapat rida Allah SWT, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu (Hadis sahih Bukhari dan Muslim).
Beberapa ulama telah mencoba merumuskan tanda-tanda Lailatul Qadar secara fisik, yaitu pada malam itu suasana tenang hening, pelataran langit hitam kelam dihiasi taburan bintang jernih terang. Tak ada kekacauan, tak ada keributan. Ketika matahari terbit, sinarnya lembut temaram. Marak siang tidak terlalu terik.
Salah satu doa yang dianjurkan Rasulullah saw. dibaca pada Lailatul Qadar berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi, dan Ibnu Majah, serta dikutip oleh Imam Nawawi dalam kitab Al-Azkar antara lain, "Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fa'fu 'anni". Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku.






Friday, September 4, 2009

Renung sejenak


Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT- Tuhan semesta alam. Kita sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kehendak-Nya, Dia telah memilih kita untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan yang mulia, yakni masuk ke dalam universiti Ramadhan.

Kenapa dinamakan universiti Ramadhan? Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiah, bulan pendidikan, di mana jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan.Bukan senang nak masuk univerisiti, tapi kita pada hari ini Alhamdulillah syukur, dipilih oleh Tuhan untuk sama-sama masuk university Ramadhan.Pendaftarannya cukup mudah, tak payah bayar duit cuma niat saja sama ada niat setiap hari ataupun niat sebulan terus.

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekelian, Bulan bertuah ini juga bolehlah disebut sebagai bulan ibadah. Boleh juga disebut sebagai bulan mujahadah. Disebut juga bulan rahmah dan bulan maghfirah. Dan macam-macam lagi sebutan yang baik-baik. Jangan kita sebut dengan yang tak baik sudahlah. “Wuih nak mai dah bulan bala, nak makan minum susah. Jadi namanya bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah, bulan maghfirah. Kenapa dinamakan bulan ibadah? Kerana pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi apabila sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul tak? Jadi pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Ataupun dari segi hakikatnya untuk menambah ‘pengabdian’ kepada Allah SWT.

Perkataan ibadah berkait rapat dengan perkatan abdi, berkait juga dengan perkataan abdullah. Beribadah ni maksudnya berabdi kepada Allah. Macam mana cara berabdi kepada Allah? Buat apa yang Dia suruh dan jangan buat apa yang Dia larang. Selain itu, kita tambah dengan buat apa yang Dia suka, iaitu amalan-amalan sunat.Begitulah cara-cara berabdi kepada Allah.

Kenapa dinamakan bulan mujahadah? Sebab pada bulan ini kita berperang melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-sungguh, baru dia dikira sebagai mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah. Perkataan mujahadah ini adik-beradik dengan jihad, iaitu satu usaha yang bersungguh-sungguh. Secara khususnya dinisbahkan kepada berperang melawan musuh-musuh Islam tetapi secara umumnya dinisbahkan kepada satu usaha yang bersungguh-sungguh. Mujahadah juga berkait-rapat dengan mujahidin.

Kenapa dinamakan bulan rahmah? Sebab pada bulan ini rahmat Allah melimpah-ruah. Kenapa dinamakan bulan maghfirah? Perkataan maghfirah ini berkaita-rapat dengan perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas solat “Astaghfirullahal ‘azim” tu istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun. Maghfirah maksudnya ‘keampunan’. Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan keampunan. Pintu taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya. Terpulanglah kepada kita sama ada hendak menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada sepanjang bulan ini ataupun tidak. Siapa tak mahu rugilah, pada bulan-bulan lain tak ada macam ni.


Wednesday, September 2, 2009

Tuesday, September 1, 2009

aktiviti Orangkuat.

ASSALAMUALAIKUM..salam pembuka bicara..rakan2 kita pe kabo ye..arap sihat-sihat belaka..siiru 'ala barokatillah..bulan Ramadhan penuh dengan keberkatan .limpahan nikmat yang ALLAH janjikan hanya untuk orang-orang yang beriman..ni nak kongsi cerita sikit malam-malam dibulan ramadhan kt kem batalion 7 pga..tahun ni penulis pertama kali jadi imam terawih bersama-sama anggota polis.sebelum ni penulis jadi imam kt selangor..Anggota Batalion 7 ni baik2 belaka..bila dah kenal memang peramah orangnya.Cuma penulis memerlukan usaha didikan disiplin bagi membentuk penulis sebagai da'i dlm pdrm.perbezaan suasana tak menghalang untuk penulis menjalankan tugas penulis sebagai pegawai awam untuk mmenuju keredhaan ALLAH.pagi jumaat penulis wt tazkirah pagi kt masjid..ajar bab solat bertepatan dengan sabda RAsulullah :
"Sollu kama roaitumuni usolli". Papepn..tahun ini menjanjikan sedikit perbezaan.moga-moga tahun ni jugalah menjanjikan usaha yang gigih untuk penulis menjalani bulan ramadhan dari tahun-tahun yang lalu.amiinn

Monday, August 31, 2009

Peristiwa 10 Ramadhan 1430

Semalam penulis bertolak dari kb ke kuantan.balik bercuti sempena kemerdekaan negara kita,ALLAMDULILLAH..esok dh keje..dalam perjalan kt area Cheneh penulis dikejutkan dengan peristiwa yang tk disangka-sangka. Kereta di hadapan penulis mengalami tragedi yang menyayat hati...kelu hati bila peristiwa ngeri terpampang depan mata penulis. Kereta yang dipandu pelajar dari poli semambu mengalami kemalangan yang agak teruk..nak elak lembu tup2 bertembung dengan lori..masa tu penulis dan 2 buah kereta lain je yang ada..dalam ladang kelapa sawit lak tu.panik dibuatnya.kami bagi tugas masing..dua orang jaga jalan untuk bagi isyarat pada kereta yang lain.penulis dan tiga yang lain bantu mangsa dalam kereta..bau darah membuat penulis rasa nak pengsan je..dalam suasana yang gelap kami buat apa yang patut..ucap syahadah kt mangsa..selimut diorang..dekat setengah jam baru kereta lain sampai..barulah ramai yang leh bagi bantuan.lega hati penulis yang panik ni.Ambulan dekat dua jam baru sampai..terdetik dalam minda penulis alangkah beruntungnya penulis masih lagi mengecapi ramadhan..menitis air mata kesyukuran kerana masih lagi diberi peluang untuk penulis bersama ramadhan yang mulia dengan amal sebaik yang mungkin..ALLAHUAKBAR....

Friday, August 28, 2009

cubaan je


Gambar anak sedaraku

Salam Penulisan

Assalamualaikum..

Selamat datang dan Ahlan wasahlan kepada pengunjung blog ini.. semoga dapat komen kekurangan blog ini..